Friday, 26 December 2014

Sejarah Islam STPM Tema 1 ( Perkembangan Masyarakat Islam di Makkah sehingga ke Zaman Khulafa ' Al-Rasyidin )

1) Huraikan perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab sehingga zaman         Khulafa al-Rasyidin . 

*PENGENALAN

-Masyarakat Islam telah melalu tahap-tahap perkembangan yg mencabar sehingga berjaya menjadi 1 ummah yg bersatu padu dalam negara Islam Madinah dgn berteraskan Piagam Madinah .
- Perkembangan masyarakat Islam melalui tahap2 seperti pembinaan masyarakat Islam di Makkah & Madinah , pembentukan & penyatuan ummah serta perkembangan masyarakat Islam zaman Khulafa al-Rasyidin .

*ISI PENTING
i) Pembinaan Masyarakat Islam di Makkah
- Usaha pembinaan masyarakat Islam Makkah berlangsung selama 13 tahun . Baginda iaitu Nabi Muhammad S.A.W membina masyarakat Islam Makkah melalui cara berdakwah secara berlemah-lembut .
- Setelah 3 tahun berdakwah secara sulit , hanya beberapa org sahaja yg memeluk Islam . Semsa ini , baginda hny berdakwah kepada keluarga , saudara mara , & org yang terdekat dgn baginda .
- Contohnya , isteri baginda iaitu Siti Khadijah & rakan karib baginda iaitu Abu bakar As-Siddiq serta Ali bin Abi Talib .
-Kemudian , baginda menerima wahyu menyuruh baginda agar aktiviti dakwah dijalankan secara terang-terangan .
- Orang yg pertama yg menentang secara tegas tntang penyebaran dakwah Islam ini ialah bapa saudara baginda sendiri iaitu Abu Lahab .
- Selepas itu , Kaum Quraisy Makkah telah meminta Abu Talib menasihati baginda supaya menghentikan dakwahnya namun gagal .
- Sikap & pendirian Abu Talib yg memihak kepada Nabi Muhammad S.A.W menyebabkan Kaum Quraisy bertambah marah & meminta agar nabi Muhammad diserahkan kepada mereka .
- Setelah usaha tersebut gagal , mereka cuba memujuk Nabi Muhammad S.A.W dgn menawarkan perempuan , harta , & pangkat dgn syarat baginda meninggalkan seruan Islam , namun tawaran tersebut tetap ditolak .
- Kaum Quraisy Makkah kemudian mula bertindak kejam terhadapa Umat Islam Makkah , namun bilangan yang menganut agama Islam semakin bertambah .
- Bagi mengelakkan penindasan tersebut , baginda telah mengarahkan umat Islam berhijrah ke negara Habsyah ( Ethopia ) secara sulit . ( pada bulan REJAB TAHUN 615 )
- Mereka selamat tiba di negara Habsyah & diberikan perlindungan oleh rajanya iaitu Najasyi , ketika itu Nabi Muhammad S.A.W terus berdakwah di Makkah .
- Apabila kaum Quraiys mengetahui bahawa umat Islam telah berhijrah ke negara Habsyah , mereka segera bertindak dgn menghantar 2 org wakil utusan menemui Raja Habsyah meminta agar umat Islam Makkah di hantar pulang , namun usaha tersebut gagal kerana Raja Habsyah sendiri telah tertarik dgn umat  Islam .
- Apabila Umar bin al-Khattab memeluk Islam , kaum Quraiys menerima tamparan yang hebat , kerana Umar merupakan seorang bangsawan Quraiys yg sangat berpengaruh ketika itu .
- Umar juga telah menambahkan kemarahan org Quraisy kerana beliau tidak langsung menyembunyikan pengislaman beliau dgn bersembahyang secara terbuka di hadapan Kabbah .
- Akibat perasaan marah yg semakin memuncak dalam diri kaum Quraisy , kaum ini telah merancang taktik baru untuk melemahkan umat Islam dgn memulaukan Bani Hasyim & Bani Mutalib , iaitu keluaga Nabi Muhammad S.A.W .
- Pemulauan berlangsung selama kira-kira 3 tahun , iaitu merangkumi larangan melakukan urusan jual beli , perkahwinan serta memberikan pertolongan kepada kaum keluarga Nabi Muhammad S.A.W .
-Kaum Quraiys menentang keras agama Islam disebabkan konsep persamaan taraf , menghapuskan amalan nenek moyang mereka seperti menyembah berhala dll .

ii) Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah . 
- Penduduk Madinah terdiri daripada bangsa Arab & bukan Arab .
- Penduduk utama Kota Madinah ialah bangsa Arab daripada kaum Aus & Khazraj , manakala suku bukan Arab ialah Yahudi seperti Bani Quraizah , Bani Nadhir & Bani Qainuqa .
- Permusuhan antara Kaum Auz & Khazrah membawa kepada Perang Bu'ath & telah mengorbankan banyak nyawa .
- Penduduk Madinah sebenarnya minat kepada agama monoteisme berbanding penduduk di Makkah . Kebangkitan Nabi Akhir Zaman diramalkan oleh pendeta Yahudi . Pendeta-pendeta ini yakin bahawa Nabi itu akan lahir daripada kalangan bangsa mereka tetapi ramalan itu tidak tepat kerana nabi akhir zaman dibangkitkan dari keturunan Arab , iaitu Muhammad S.A.W .
- Kaum Aus & Khazraj ke Makkah bg mencari jalan penyelesaian pertelagahan mereka . Disebabkan ini , mereka telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W & dari hasil perjumpaan ini , telah melahirkan perjanjian Aqabah I ( 621 M ) & Aqabah II ( 622 M )
- Perjanjian Aqabah II membuka jalan kepada penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul , pemimpin , tokoh perpaduan , & ketua tentera di Kota Madinah .
- Penyatuan antara golongan Ansar & Muhajirin diasakan kepada Iman , taqwa & persaudaraan tanpa melihat keturunan , bangsa & warna kulit .
- Masalah sosial & ekonomi org Muhajirin telah diselesaikan kerana org Ansar yg menolong telah dididik sehingga memiliki keimanan yg kuhuh , ketakwaan yg ikhlas & konsep persaudaraan yg harmoni , diantara mereka
 berlumba-lmba untuk menyumbang bantuan kpd org Muhajirin .
- Konsep 1 Ummah sepertu dalam Piagam Madinah diperkukuh lagi iaitu pigam ini mewajibkan setiap penduduk Islam bekerja sama menegakkan amal kebaikan & mencegah kemungkaran , tidak membiarkan saudara seagama terbeban hutang , berperang & berbunuh-bunuhan sesama sendiri serta menegah berpihak kpd org Kafir untuk memusuhi Islam .

iii) Perkembangan Masyarakat Islam Zaman Khulafa al-Rasyidin
- Masyarakat Islam di semenanjung Tanah Arab terdiri daripada org Arab .
- Mereka berasal daripada keturunan Semitik yg tinggal di kawasan lembah sungai Dajlah & Furat ( Iraq ) suatu ketika dahulu .
- Mereka terbahagi kepada 2 kelompok , iaitu Arab Selatan ( 'Arab Aribah' ) & Arab Utara ( Arab Musta 'ribah )
- Sebelum kedatangan Islam , org Arab Selatan lebih bertamadun kerana mereja berjaya mendirikan beberapa buah kerajaan suatu ketika dahulu , iaitu seperti Kerajaan Saba' yg terkenal pada zaman pemerintahan Puteri Balqis sehingga kerajaan itu digelar negeri yg makmur & mendapat pengamunan dari Tuhan .
- Namun , tamadun yg begitu gah sekali musnah akibat kemaksiatan yg berlaku serta pelbagai dosa yg dibuat oleh masyarakat ketika itu .
- Ketika itu , bahasa Arab Selatan sgt dipengaruhi bahasa Habsyah manakala bahasa Arab Utara ialah bahasa Al-Quran .
- Selepas kedatangan Islam , Arab Utara lebih berpengaruh kerana Empangan Ma'rib pecah & masyarakat Arab selatan telah berpindah ke Utara .
- Suasana di Semananjung Tanah Arab juga berubah , tamadun Arab selatan berpindah ke utara kerana keruntuhan Empangan Ma'rib yg dilanda banjir besar , keruntuhan kerajaan Sa'ba & Kerajaan Himyar , perpindahan beramai-ramai kaum peniaga ke utara , kekufuran & kemaksiatan masyarakat Arab Selatan sehingga menyebabkan berlakunya bencana banjir & keruntuhan empagan serta kedatangan Agama Islam di Kota Suci Makkah .
- Usaha-usaha seperti menghapuskan nabi-nabi palsu , golongan yg murtad berjaya di hapuskan semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq .
- Agama Islam diperluaskan lagi semasa Khalifar Umar & Uthman kerana semasa itu telah giat menjalankan aktiviti meluaskan tanah jajahan Islam .
- Akibat dari segala usaha yang dilakukan oleh para khalifah ini, agama Islam masih dipelihara sehingga sekarang walaupun telah wujud berabad-abad lamanya di dalam dunia ini .

*KESIMPULAN 
- Tahap perkembangan masyarakat Islam sehingga menjadi Ummah yg berjaya membentuk negara Islam Madinah adalah berpandukan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W yg unggul & bijaksana .
- Negara Islam akhirnya berjaya menghadapi pelbagai cabaran musuh2 dari dalam & luar .
- Empayar Islam berjaya di bentuk keluar dari Semenanjung Tanah Arab pada zaman Khulafa al-rasyidin .














Tuesday, 9 December 2014

Sejarah Islam STPM Tema 1 ( Konsep Ummah & Langkah-langkah dalam menyatukan masyarakat di Madinah )

1 ) Jelaskan konsep Ummah dan langkah-langkah dalam menyatukan pelbagai golongan masyarakat di Madinah .


*PENGENALAN
- Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak yg besar kepada perjuangan Islam .
- Contohnya , dari segi politik , ekonomi , sosial di Madinah .
- Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad S.a.w ke Madinah , struktur sosial masyaratkat dibelunggu pelbagai masalah & kesan .
- Masyrakat yang kucar-kacir , tidak menentu serta pentadbiran yang tidak adil .
- Walaupun begitu , dengan kehadiran baginda , baginda telah dapat mengubah semuanya ke arah yang lebih baik serta baginda memperkenalkan konsep Ummah .

*ISI PENTING
I) Konsep Ummah
-Ummah bermaksud masyrakat @ umat manusia . Ummat bermaksud pengikut sesuatu agama @ nabi .
- Contohnya , Umat Nabi Ibrahim A.S , umat Nabi Isa A.S & lain-lain .
- Dalam konteks Ummah Nabi Muhammad S.A.W , bukan sahaja terhadap masyarakat Islam , malah juga terhadap golongan yang bukan Islam spt Yahudi di Madinah . ( terdiri daripada Bani Quraizah , Qainuqa )
- Ummah Nabi Muhammad s.a.w ialah masyrakat yang mematuhi undang-undang negara Islam sama ada seagama @ tidak .

II) Langkah2 Menyatukan Pelbagai Golongan Masyarakat Di Madinah . 
     a) Pembinaan Masjid
-Masjid amat penting dalam masyrakat Islam , bukan sahaja sebagai tempat beribdat , malah ia dijadikan tempat perbincangan , pusat pendidikan Islam & tempat tinggal sementara buat pengembara yg tidak mempunyai kediaman .
- Sebelum kedatangan Islam , setiap kabilah arab mempunyai tempat khas untuk membincangkan masalah yg dihadapi .
- Selepas kedatangan Islam , mereka mula bersatu & mengadakan perbincangan di masjid-masjid bagi membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka .
- Contohnya , Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammd S.A.W ialah Masjid Qubak Qiblatain iaitu dibina sebelum baginda sampai di Madinah .
    b) Penyatuan Masyarakat
-  Kaum Aus & Khazraj sebelum kedatangan Islam , merupakan golongan yg saling bermusuhan d antara satu sama lain ; mereka mengamalkan hidup berpuak-puak .
- Kedua-dua kabilah Arab dari kaum ini saling bermusuhan disebabkan hasutan Kaum Yahudi serta perpaduan Kaum Aab terbatas pada puak , suku , & kabilah mereka sahaja .
- Sebaliknya , penyatuan masyrakat yg dibentuk oleh Nabi Muhammad S.A.W tidak lagi berdasarkan ikatan keturunan @ suku , sebaliknya menggunakan konsep ikatan agama .
- Jika kaum Aus & Khazraj memeluk Islam , maka persengketaam d antara mereka akan terhapus disebabkan agama Islam menekankan kedamaiaan .
   c) Ikatan Persaudaraan Islam
- Golongan Ansar ( Kaum Aus & Khazraj - Madinah ) & Golongan Muhajirin ( Mekah ) yg berhijrah dari Mekah ke Madinah disatukan melalui ikatan persaudaraan .
- Conrohnya , Baginda telah mempersaudarakan Hamzah bin Abd Mutalib dgn Zain bin Harith , Umar al-Khattabdgn Itban bin Malik & lain-lain .
- Dengan penyatuan tersebut , umat Islam menjadi golongan majoriti di Madinah yg sbelumnya , golongan bukan Islam menjadi golongan majoriti . ( etc : kaum yahudi )
  d) Hidup Bekerjasama & Bantu-membantu
- Baginda menggalakkan kedua-dua golongan tersebut supaya saling bekerjasama & amalkan bantu-membantu .
- Golongan Ansar ( Madinah ) digalakkan membantu golongan Muhajirin ( Mekah ) untuk membina penempatan semula disebabkan perpindahan mereka ke Madinah tanpa membawa harta .
- Contonya , Umar al-Khattab memberikan segala hartanya kepada orang Quraisy yg menghalang orang Islam untuk berhijrah ke Madinah apabila diserang oleh orang Quraisy .
- D samping itu , baginda juga menggalakkan perkahwinan campur d antara kedua golongan tersebut bagi mengeratkan lagi hubungan .

*KESIMPULAN
- Pembentukan konsep Ummah menggambarkan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W memimpin negara Islam .
- Ia diperkukuhkan lagi dengan kejayaan baginda menyatukan masyrakat berbilanag kaum di Madinah sekali gus mewujudkan masyarakat yang adil & harmoni terutamanya selepas pengusiran kaum Yahudi .