*PENGENALAN
- Rasulullah SAW menerima wahyu pertama ketika baginda berusia 40 tahun , iaitu pada tahun
610M .
- Selepas baginda menerima wahyu ketiga , baginda mula berdakwah untuk mewujudkan masyarakat Islam di Makkah dan usaha ini terbahagi kepada dua peringkat .
- Peringkat pertama ialah berdakwah secara sulit , dan pada peringkat ini , orang terawal yg memeluk agama Islam ialah Siti Khadijah ( wanita ) , Ali bin Abi Talib ( Kanak2 ) , & Abu Bakar Al-Siddiq ( lelaki dewasa ) .
- Setelah 3 Tahun berdakwah secara sulit , maka turunlah ayat Al-Quran yg menyatakan berdakwah secara terang-terangan .
- Aktiviti dakwah yg dijalankan ini berjaya menarik lebih ramai orang memeluk Islam & ini telah menyebabkan orang Quraisy menentang hebat Nabi Muhammad SAW .
*ISI PENTING
i) Faktor Agama
- Ajaran Islam menekankan akidah tauhid yg bertentangan dgn amalam kaum Quraisy pada masa itu .
- Kaum Quraisy mengamalkan amalan Politiesme iaitu penyembahan berhala , & pada masa itu , terdapat 360 patung berhala yg berbagai-bagai jenis di sekeliling Kaabah .
- Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga tak disukai oleh orang Quraisy kerana segala keseronokan dunia seperti meminum arak , berjudi , & perkara buruk yg lain perlu ditinggalkan .
- Mereke juga sangat takut kepada konsep pembalasan pada hari akhirat kerana kehidupan mereka dipenuhi dgn dosa & segala perbuatan mungkar .
ii) Faktor Politik
- Faktor penentangan dari segi politik ialah perasaan iri hati dgn kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul @ Nabi .
- Baginda sebenarnya merupakan keturunan Bani Hashim , dan disebabkan ini bani lain beranggapan bahawa Bani Hashim akan kekal berkuasa & berpengaruh jika mereka memeluk Islam .
- Pada ketika itu , Keluarga Bani Umaiyah sdg menerajui pentadbiran di Kota Makkah berasa bimbang akan kemerosotan pengaruh mereka .
- Sikap permusuhan ini timbul kerana sifat mereka yg dengki dan cemburu dgn bakat kepimpinan yg ada pada Nabi Muhammad SAW .
- Mereka juga berasa risau dgn kehadiran Nabi Muhammad SAW akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan kaum Quraisy .
iii) Faktor Ekonomi
- Orang Quraisy menganggap Islam tak akan menggalakkan kemasukan org asing ke Kota Makkah & menakut-nakutkan org asing untuk datang ke kota mereka .
- Keadaan ini akan menjejaskan peranan kota Makkah sebagai pusat keagamaan , kebudayaan , dan perdagangan .
- Mereka menganggap org Arb dari tempat lain mengunjungi Kota Makkah untuk menyembah berhala serta menjalankan urusan berniaga .
- Di samping itu , pembuat dan pengkir patung berhala juga akan kehilangan sumber pendapatan kerana Islam melarang penyembahan berhala kerana ajaran Islam melarang prnggunaan perantaraan untuk beribadat kepada Allah SWT .
- Golongan peniaga barangan lain juga menentang Islam kerana ajaran Islam melarang semua bentuk penindasan dan peninpuan seperti riba .
iv) Faktor Sosial
- Dalam aspek ini , Islam menekankan konsep persamaan tarak tanpa mengira kedudukan , kekayaan , dan warna kulit .
- Konsep yg dibawa oleh Islam bertentangan dgn cara hidup feudal masyarakat arab pada masa itu .
- Arab Quraisy memandang tinggi terhadap golongan kaya dan berpengaruh serta golongan ini terikat dgn semanggat assabiah yg kuat .
- Semangat ini telah mendorong mereka mementingkan puak @ kabilah sendiri dan memandang rendah terhadap kabilah lain .
- Islam pula mendorong setiap orang mengadakan hubungan baik serta menjurus ke arah pembentukan peribadi Mulia .
-Amalan seperti berjudi , berzina dan lain-lain akan tersekat jika org Arab Quraiys menerima Islam .
*KESIMPULAN
- Tentangan yg dihadapi oleh Rasulullah SAW berpunca daripada sikap org Arab Makkah yg amat taasub dgn tradisi nenek moyang mereka .
- Segala perubahan yang dibawa oleh baginda sentiasa ditentang demi menjaga kepentingan mereka sendiri .
- Walaupun begitu , setiap penentangan yg berlaku membuatkan Nabi Muhammad SAW semakin kuat & tabah dalam menyebarkan ajaran Islam .